Lama dah aku nak tukar sim 2G aku kepada 3G. Dulu aku pernah call Celcom Center bertanyakan hal ni berkenaan Celcom terdekat boleh tidak tukar sim kad iaitu di PJ.

Center cakap hanya boleh tukar di KL. Terbantut kejap la nak tukar.

Lately aku rasa ada masalah sama ada sim atau handphone. Tapi handphone baru pakai setahun. Rasanya macam tak ada masalah. Jadi suspect sim kad le kot.

Oleh tu mulalah kerja-kerja google tempat yang boleh tukar sim kad. Ada beberapa forum yang cakap nak tukar kena bayar RM50. Dek kerana memang terdesak sangat dah nak tukar aku keluar gak pergi Celcom PJ. Kalau tak boleh tukar pun nak tanya je mana boleh tukar. Kalau kena bayar RM50 pun takpe.

Surprisingly sim kad aku boleh tukar tak sampai 15 mini. Tak bayar apa-apa. Cuma isi borang, ambil nombor giliran. Bagi IC. Walla… dah dapat sim 3G. Sangat mudah rupanya nak tukar sim 2G kepada 3G.

Penting gak tukar walau agak lewat nak tukar. Persediaan untuk adopt new handphone. Hehe.

Tukar sim 2G

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.