Secara default login manager bagi Fedora 10 adalah GDM iaitu GNOME. Bagaimana pula jika mahu tukar login manager daripada GDM kepada KDM iaitu KDE? Apakah login manager? Login manager adalah antaramuka log masuk bagi sesuatu OS. Windows juga ada login manager sekiranya terdapat ramai pengguna yang menggunakan PC/pelayan yang sama.

Berkenaan dengan GDM, bagaimana menukarnya?

Amat mudah sekali. Pertama sekali sila lihat:

/etc/X11/prefdm

Semasa startup linux ia akan mencari /etc/sysconfig/desktop dan jika wujud fail itulah yang dirujuk untuk default window manager jika ada. Jika tidak ada, fail yang akan dirujuk adalah /etc/X11/prefdm. Ianya akan membaca secara berturutan seperti aturan dalam fail tersebut yang mana yang pertama. Secara asasnya ianya bermula dari :

gdm
kdm
wdm
xdm

Yang pertama sekali akan digunakan jika pemboleh ubah DISPLAYMANAGER tidak disetkan dalam fail /etc/sysconfig/desktop.

Dalam sistem saya, fail /etc/sysconfig/desktop tidak wujud, jadi prefdm akan menggunakan gdm sebagai login manager. Untuk menukarnya mudah sahaja, cuma cipta satu fail /etc/sysconfig/desktop dan letak arahan berikut didalamnya

DISPLAYMANAGER=KDE

One thought on “Tukar login manager dari GDM kepada KDM dalam Fedora 10”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.