Malam ini seperti biasa aku rasa malas hendak pulang. Walaupun shift kerja aku sudah tamat, tapi bosan rasanya balik awal. Bukan ada apa pun kat rumah. Lainlah kalau dah kahwin. Dah tentu dapat peluk isteri. Rasanya tangan ini gatal untuk melayari internet. Walaupun hampir 24 jam depan komputer, rasanya masih belum puas.

Kerja 12 jam amatlah memenatkan. Esok cuti. Nik awal-awal lagi dah ajak memancing. Tapi sayangnya esok ada kawan(Zack) hendak datang. Mungkin datang mungkin tidak. Macam tak pasti sahaja Zack tu nak datang.

Alif datang awal hari ni. Entah apa mimpi dia. Tapi datang-datang saja terus buka PC hafiz untuk main game Dota.

Tak ada apa-apa yang penting berlaku hari ni. Macam hari-hari biasa sahaja. Membosankan. Memang hidup ni membosankan agaknya.

Andai aku ada duit banyak, dah tentu aku keluar daripada kemelut kebosanan ini. Mungkin aku akan pergi melancong ke Paris, London atau New York. Atau sekurang-kurangnya pergi ke Pulau Tioman. Tak pun menyertai mana-mana trip memancing. Pergi berkhemah pun cantik juga.

Macam mana kalau ada cuti yang betul-betul cuti. Cuti yang betul-betul adalah cuti yang sebenar. Cuti yang merehatkan kepala. Tidak fikir langsung tentang kerja dan masalah-masalah lain. Cuma untuk berehat. Kalau di tempat kerja dulu, bos dulu selalu cakap,

Kerja bersungguh-sungguh, cuti pun bersungguh-sungguh.

Kerja bagai nak mati pun tak ada orang peduli. Cuti bagai nak mati pun tak ada orang nak peduli. Masalahnya apa makna semua ini. Adakah kehadiran kita di dunia ini ada kesan pada orang lain. Apakah esok lusa masih ada untuk kita? Apakah esok lusa kita masih bernasib baik seperti sebelum ini? Atau apakah masih ada orang yang sayang?

Adikku manja, kan abang dah cakap,

Belajar rajin-rajin. Besar nanti boleh jadi orang berguna. Besar nanti boleh dapat kerja bagus. Boleh beli apa yang kau nak. Boleh beli rumah besar, kereta mahal. Boleh dapat tewan wanita yang cantik-cantik sebab duit tu macam magnet.

Cinta di persimpangan.

lalatOrang kata kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Apa agaknya difikiran orang dulu-dulu masa memikirkan peribahasa ini ya? Perempuan ini ibarat lalat. Jika seekor lalat jatuh dalam minuman, tenggelamkan lalat itu dalam minuman. Sebabnya adalah pada badan lalat itu ada racun ada penawar.

Adakah aku frust? Tak juga. Cuma sejak dua tiga mejak ni migraine aje. Mana nak cari penawar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.