Saksi forensik polis dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini tidak menolak kemungkinan mendiang diseret sebelum ditemui mati tertiarap di atas lantai tingkat lima Plaza Masalam, Julai lalu.

Pegawai penyiasat Cif Inspektor Mazli Jusoh (kiri), 31, dari cawangan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor berkata demikian selepas ditunjukkan kesan geseran pada tapak kasut sebelah kanan mangsa yang ditemui di tempat kejadian.kasut_teoh

“Setuju bahawa geseran bahagian tapak kasut ada implikasi yang penting?” tanya peguam pemerhati bagi kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar dan Mazli menjawab: “Setuju”.

“Adakah kemungkinan si mati diseret?” tanya Malik Imtiaz lagi dan Mazli berkata:

“Tidak, kerana pada kebiasaannya kalau seseorang diseret, ia akan tidak kena pada tapak kasut, sebab kalau diseret dari belakang, dia akan tahan kaki dengan tumit.”

“Tapi kalau diseret dari tepi? Ada kemungkinan?” soal Malik Imtiaz dan kali ini saksi itu menjawab: “Ada.”

Mazli kemudian menjelaskan kepada koroner Azmil Muntapha Abas bahawa kesan geseran sehingga menampakkan lapisan kain yang melekat di atas tapak kasut itu bukanlah bahan asing, tetapi merupakan sebahagian daripada kasut itu sendiri.

“Bukan ia (lapisan kain itu) melekat pada kasut masa si mati jatuh?” soal koroner dan Mazli menjawab: “Tidak, kerana ia melekat di situ (atas tapak kasut) dan tidak boleh dicabut.”

Bagaimanapun, saksi itu mengakui tidak membuat apa-apa pemeriksaan terhadap kesan tersebut dan berkata: “Untuk pastikan, perlu hantar balik ke kilang kasut.

[Lagi]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.