Home » Uncategorized

Tentera terus kawal Urumqi

10 July 2009 No Comment

xinjiangPasukan keselamatan China hari ini terus mengetatkan kawalan keselamatan di wilayah bergolak Xinjiang selepas beberapa hari berlakunya rusuhan etnik yang membunuh 156 orang.

Pemimpin-pemimpin China turut berikrar mengambil tindakan keras terhadap dalang yang menyebabkan rusuhan itu berlaku.

Etnik Han yang merupakan kumpulan majoriti di wilayah tersebut berhimpun sambil memegang sepanduk dengan perkataan ‘Kita harus menewaskan pengganas’ dan ‘Tentang etnik fahaman pemisah dan kebencian’ serta bersorak ketika trak yang dipenuhi anggota polis melalui kawasan tersebut.

Etnik minoriti Uighur menjadi semakin takut untuk bercakap dengan wartawan.

Rusuhan etnik paling buruk di rantau itu sejak berdekad lamanya turut memaksa Presiden Hu Jintao memendekkan lawatan ke sidang kemuncak Kumpulan Lapan (G8) dan menangguhkan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama.

Kekacauan ini adalah sesuatu yang memalukan kepada pemimpin yang mahu memperlihatkan China sebagai masyarakat harmoni ketika persedian meraikan ulang tahun ke-60 pemerintahan komunis pada Oktober ini.

Menteri Keselamatan Awam, Meng Jiangzhu, yang berada di Urumqi berkata, perusuh-perusuh utama patut dikenakan hukuman keras.

Beratus-ratus tentera yang berkawal di bahagian tengah Urumqi selama tiga hari lalu telah tiada, tetapi pasukan polis separa tentera masih berkawal di Dataran Rakyat dan helikopter tentera berterbangan di seluruh bandar yang mempunyai 2.3 juta penduduk itu.

Sementara itu, pihak berkuasa China hari ini menahan profesor ekonomi Universiti di Beijing kerana menyiarkan laporan berhubung rusuhan berdarah itu di dalam blognya.

Ilham Tohti, seorang etnik Uighur ditahan selepas pihak berkuasa Xinjiang menyebut nama blognya ‘Uighur Online’ di dalam televisyen kebangsaan dan menyatakan ia digunakan sebagai saluran mengatur rusuhan pada Ahad lalu.

Sumber Utusan.



Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.