Bagi yang memiliki domain sendiri, pasti menghadapi situasi dimana apabila domain tamat tempoh, website akan memaparkan iklan dan bukannya kandungan website atau blog bila terlupa bayar pembaruan domain. Dan jika pembaharuan bagi domain dibuat, website atau blog hanya akan kembali pulih dalam masa 6-24 jam dan ada keadaan tertentu boleh mengambil masa 72 jam.

Selepas domain tamat, domain akan berada dalam tempoh Renewal Hold iaitu lebih kurang 40 hari. Biasanya harga bagi pembaharuan domain adalah sama dengan harga pembelian domain. Bagi mengelakkan masalah website memaparkan iklan, domain perlu diperbarui sebelum domain tamat tempoh. Tarikh tamat domain adalah ditambah pada tarikh akhir domain tamat, walaupun kita bayar sebelum tarikh domain tamat atau selepas tarikh domain tamat.

Jika tiada bayaran pembaharuan dibuat selepas 40 hari, domain akan jatuh kepada status Redemption Period. Tempoh Redemption Period adalah 45 hari. Dalam tempoh ini, domain masih lagi boleh dituntut tetapi harganya akan meningkat berganda-ganda. Misalnya jika kos pendaftaran baru adalah RM40, kos untuk menuntut domain dalam redemption period boleh mencecah sehingga RM300. Menuntut domain dalam tempoh ini sangat mahal dan juga ia memakan masa 5-12 hari kerana prosesnya adalah secara manual dan biasanya dilakukan pada peringkat registrar.

Domain akan menjadi status Pending Delete selepas itu iaitu selama 5 hari. Dalam tempoh ini, domain memang tidak boleh dituntut. Selepas 5 hari, domain boleh didaftarkan semula oleh sesiapa sahaja dalam dunia ini. Keseluruhan tempoh adalah 90 hari. Cybersquatter sentiasa menunggu domain popular yang dalam tempoh pending delete untuk dibeli oleh mereka dan dijual semula dengan harga lebih tinggi.

Dalam kes-kes tertentu, tiada tempoh Redemption Period berlaku apabila ada registrar lain berminat dengan domain dan terus membelinya daripada registrar kita. Ianya dipanggil Backorder atau Smart Parking. Biasanya berlaku kepada domain popular atau domain yang mempunyai nilai komersil yang tidak membaharui domain akibat daripada sudah tidak mahu dengan domain atau terlupa membayarnya.

Akhir kata, sayangilah domain anda, renew domain sebelum domain tamat atau anda akan menyesal dikemudian hari.

*Tanyalah domain provider anda berkenaan hal ini kerana registrar yang berlainan mungkin mempunyai tempoh berlainan.

9 thoughts on “Tentang domain Renewal Hold, Redemption Period, Pending Delete”
  1. Inilah yang aku cari selama ini , aku pun tengah risau gak apa akan jadi bila domain aku cukup setahun . Thanks ! For the info .

  2. Info yang bagus untuk mereka yang belum sampai setahun beli hosting seperti saya ni.
    .-= Hadjie´s last blog ..Bodoh Sangatkah Bila Mengaku Tidak Tahu? =-.

  3. bagusla ada hosting sendiri..
    saya tak berminat lagi la..
    lagipun saya blogging part time je..
    .-= NoorAfzan´s last blog ..Blog menghina Islam lagi..bukan 1 tapi 2 blog.. =-.

    1. Kalau domain tu PR rendah, tak da nilai komersil, tak popular, boleh lagi dibeli kalau tak da orang ambik. Tapi kalau sebaliknya, berebut-rebut cybersquatter nakkan domain kita tu.

  4. klu kita x bayar sehingga tarikh tamat apa akn berlaku.. blog kita akn suspend ye and then blog kite xboleh buka balik ker?

    1. Blog tak effect. Blog ni kan hosting. Domain yang beri kesan. Blog kan kalau beli kat hosting provider bayar lain. Domain bayar lain. Domain tu kalau tamat memang tak boleh buka selagi tak renew. Lepas tarikh pending delete domain tu sapa-sapa pun boleh daftar balik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.