Telefon bimbit Sony Ericsson Arc diperkenalkan di CES

Telefon bimbit ini sebelum ini dikenali dengan nama kod Anzu merupakan antara telefon bimbit ternipis keluaran Sony Ericsson. Walaupun sejak akhir-akhir ini Sony Ericsson agak senyap, diharap dengan pengenalan telefon baru ini akan menaikkan semula nama Sony Ericsson yang agak tenggelam berbanding Nokia. Nampak gaya trend semasa telefon bimbit bukan lagi semata-mata berfungsi untuk bercakap, malah mampu melakukan pelbagai tugas. Ianya tidak mustahil sekiranya sistem operasi telefon bimbit digantikan dengan Android berbanding sistem operasi legacy Sony Ericsson.

Telefon bimbit Sony Ericsson Arc dikuasakan oleh Android 2.3 dan dikatakan telefon Xperia generasi baru yang diperkenalkan pada tahun ini. Kami masih lagi menuggu sama ada XperiaPlay akan diumumkan, tapi nampaknya ianya cuma mungkin akan diperkenalkan pada Februari ini.

Telefon ini mempunyai ketebalan 8.7mm pada bahagian paling nipis dengan skrin lebar sesentuh 4.2 inci.

Apa yang menarik mengenai Android adalah terdapat banyak aplikasi percuma yang boleh didapati dalam Android market yang boleh dimuat turun.

Spesifikasi teknikal:

  • 1GHz pemproses Qualcomm
  • Kamera 8.1MP dengan keupayaan rakaman video HD 720p
  • Android 2.3
  • aGPS
  • HDMI
  • DLNA
  • Androit Market
  • Skrin sesentuh capacitive 16K TFT
  • Storan dalaman 512MB, menyokong sehingga 32GB MicroSD, 8GB MicroSD disediakan

*Telefon bimbit ini akan berada dipasaran malaysia pada suku kedua tahun ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.