talentimeKarya terakhir Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime merangkul pencalonan terbanyak iaitu 10 kategori pada Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) yang akan berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, 8 Ogos ini.

Berasaskan paparan kisah cinta lelaki India, Mahesh dengan gadis kacukan Melayu-Inggeris, Melur, ia bersaing dengan filem Papadom arahan pelakon Afdlin Shauki.

Papadom yang mengetengahkan hubungan kekeluargaan pula mendominasi sembilan pencalonan.

Pada sidang media pengumuman lima teratas untuk 25 kategori yang dipertandingkan pada FFM22 kali ini membabitkan 14 kategori untuk Anugerah Perdana dan 11 Anugerah Cipta.

Bahkan Talentime dicalonkan termasuk bagi Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Mahesh J Kishor, Lakon Layar Terbaik (Yasmin Ahmad) dan Cerita Asal Terbaik (Yasmin Ahmad).

[youtube]IrZC_DEdFlo[/youtube]

Sumber Hmetro.

Senarai penuh pencalonan, boleh rujuk sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.