iPhone-5SMinggu lepas beberapa imej bocor menunjukkan bahawa Apple telah mendedahkan telefon pintar iPhone 5S premium warna emas menjadikan khabar angin mungkin benar.

Telefon pintar versi kemaskini ini mungkin bakal dilancarkan bulan depan(10 September) dan diura-urakan datang dengan storan 128GB.  Antara ciri-ciri premium yang bakal didapati pada telefon ini adalah seperti pengimbas cap jari untuk keselamatan tambahan serta dual-LED flash camera untuk cahaya tambahan jika diperlukan dalam keadaan cahaya yang rendah.

Adalah dijangkakan juga Apple akan melancarkan iOS 7 sebagai sistem operasi utama selaras dengan pengenalan telefon ini. iOS 7 kini dalam peringkat akhir dimana versi beta telah memasuki beta preview 6.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.