Linux merupakan OS yang mempunyai perisian aplikasi yang agak banyak. Aplikasi produktiviti seperti Applixware dan StarOffice serta yang terbaru OpenOffice telah digunakan dengan meluas dibawah platform Linux.Aplikasi windows juga dapat dilarikan pada sistem Linux dengan mengggunakan emulator seperti Dosemu ataupun yang terbaru menggunakan WINE. Pakej perisian seperti ini bukan sahaja berkuasa malah tidak mahal dan ada pula boleh didapati secara percuma.

a-Applixware

Perisian ini adalah sama sahaja seperti MS. Office. Antara perisian yang termasuk dalam pakej ini adalah.

  • applix word – perisian pemproses perkataan yang menjadi satu kemestian
  • applix spreedsheets – perisian lembaran kerja
  • applix presents – perisian persembahan ini mampu import dan eksport format Powerpoint
  • applix graphics – biasa digunakan untuk melukis gambar
  • applix data – digunakan untuk membuka pengkalan data SQL
  • applix mail – perisian e-mail
  • html editor – membuat laman web

b-StarOffice

StarOffice merupakan salah satu program yang dilancarkan oleh Sun Microsystem bagi memenuhi keperluan pengguna. Perisian ini boleh didapati secara percuma daripada laman web Sun. Ia mempunya ciri yang biasa dimiliki oleh perisian seumpamanya seperti pemproses perkataan, lembaran kerja dan sebagainya. Kini terdapat perisian OpenOffice setelah Sun membenarkan kod sumber StarOffice digunakan untuk dibagunkan oleh sukarelawan.

c-Corel Wordperfect

Wordperfect tidak kurang hebatnya walaupun Cuma sebagai pemproses perkataan sahaja. Wordperfect pernah menguasai pasaran pemproses perkataan pada satu masa dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.