Ini bukan handphone touchscreen ya. Ini adalah pemain MP3 dari Sony.
Pemain MP3 ini menggunakan OLED sebagai paparan sesentuh, mempunyai WiFi untuk melayari internet dan mempunyai fungsi menyahbunyi. Walkman ini kalau jadi handphone memang mengancam.
Seperti pesaingnya, iPod Touch, terdapat 2 versi iaitu versi 16GB dan 32GB. Yang menariknya walkman ini boleh digunakan untuk surf web. Skrin adalah setengah inci lebih kecil dari iPod serta menggunakan OLED, oleh itu skrin menjadi lebih cerah serta kontras lebih tinggi.
Walkman ini juga didatangkan dengan penyah bunyi digital, yang pertama seumpanya didunia. Dengan ciri ini bunyi bising dari luar tidak akan menggangu kualiti bunyi yang dihasilkan Walkman jika menggunakan earphone yang disertakan. Ianya adalah terbina dalam pemain Mp3 ini.
takde review pasal Blekberi ker??? buat la,.
X pakai Blekberi, camne nak review.
produk ni ada kat pasaran ke? lagi2 kat malaysia, cari macam xde je kat internet 🙁