Xperia X10 adalah telefon bimbit terbaru berada dipasaran Malaysia dari Sony Ericsson. Kalau diikutkan saiz skrin juga besar iaitu 4 inci dengan 262k warna serta resolusi skrin 854×480 piksel dengan kamera 8MP serta LED flash.

Xperia X10 dikuasakan oleh Android 1.6 dan menggunakan antaramuka sendiri bagi menu-menunya.

Telefon bimbit ini menggunakan pemproses 1Ghz dan 1GB memori dalaman juga disertakan 8GB MicroSD dalam pakej.

Xperia X10 lengkap dengan semua ciri telefon bimbit peringkat tinggi iaitu Quadband GSM, GPRS, EDGE, 3G dengan HSDPA, WiFi, GPS, Bluetooth dan USB.

Telefon bimbit terbaru Sony Ericsson ini boleh didapati dengan harga antara RM2700-RM2900.

One thought on “Sony Ericsson Xperia X10, mahal macam iPhone”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.