Babu Sassi ni siapa?
Beliau adalah berasal dari Kerala, selatan India merupakan orang yang tidak takut kepada ketinggian kerana beliau merupakan operator kren bagi bangunan tertinggi didunia, Burj Dubai.
Bangunan Burj Dubai adalah bangunan yang mempunyai ketinggian 819 meter, tertinggi sekali di dunia.
Sassi dikenali sebagai “Indian on the top of the world” tinggal dalam kren tersebut yang juga merupakan pejabatnya kerana untuk turun mengambil masa yang lama dan tidak berbaloi.
Risiko yang ditanggungnya cukup tinggi, ada yang mengatakan beliau sudah berada disitu lebih dari setahun, ada juga yang mengatakan gaji beliau dibayar 30000 dirham atau $8,168 sebulan berbanding gaji purata pekerja 800 dirham sebulan. Semua setuju dia dibayar gaji sebanyak itu, setimpal dengan risiko yang ditanggung.