shah-rukh-khanBintang tersohor Bollywood Datuk Shah Rukh Khan telah meraikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Mumbai Isnin lalu.

“Saya makan malam di rumahnya. Beliau hidang masakan India terbaik termasuk briyani and thosai.

“Boleh saya katakan, masakan Malaysia kurang 20 peratus sedap daripada masakan asli India,” kata Mohd Ali kepada Bernama semasa berkunjung ke Hyderabad.

Mohd Ali dan ahli rombongan kecilnya berada kira-kira dua jam di rumah besar Shah Rukh di Banjara Hills di Mumbai.

Beliau berkata Shah Rukh turut bersetuju untuk melakukan satu atau dua penggambaran filem untuk filem terbarunya bertajuk Happy New Year di Melaka lewat tahun ini.

Filem ini diarah sendiri Shah Rukh dan isterinya Gauri Khan.

Shah Rukh Khan menerima gelaran Datuk daripada kerajaan negeri Melaka akhir tahun lalu.

Sumber Malaysiakini.

5 thoughts on “Shah Rukh Khan jamu Ali Rustam”
  1. ko lupa nak mention sesuatu.. “Datuk” Shah Rukh Khan.. LOL!
    .-= Sham Hardy´s last blog ..Sketsa Main Kaki Bawah Meja =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.