Seorang lelaki 57 tahun korban terbaru wabak selesema A (H1N1), menjadikan jumlah kematian 14 orang sejak dua minggu lalu.
h1n1
Korban ke-13, seorang kanak-kanak enam tahun Mohd Hyafiq Afendi yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Hospital, Kuantan tengah hari semalam akibat pneumonia atau radang paru-paru.

Budak lelaki itu dimasukkan ke hospital pada 1 Ogos selepas mengalami demam dan mengadu sakit perut.

Kematian-kematian terbaru akibat virus selesema itu:

Kanak-kanak berusia 6 tahun meninggal dunia 2.30 pagi semalam di Hospital Batu Pahat.

Dua korban sebelumnya terjadi di Melaka – lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun dari negeri itu, masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang.

Termasuk 16 kes terbaru hari ini dan kematian tersebut, jumlah keseluruhan 1,492 kes semuanya – 11 daripada mereka kini dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU).

One thought on “Seorang lagi mati akibat H1N1”
  1. Ogos 8, 09 4:52pm
    Penyakit Influenza A (H1N1) meragut tiga lagi nyawa menjadi jumlah korban penyakit tersebtu sehingga ini meningkat 18 orang.

    Ketiga-tiga korban terbaru itu merupakan dua orang kanak-kanak berusia empat dan lima tahun dan seorang lagi berusia 63 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.