Selangor ingin mengambil tindakan mahkamah terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) susulan keputusan kerajaan persekutuan membenarkan syarikat itu terus beroperasi dan menaikkan tarif air di negeri itu.

“Justeru itu, berdasarkan pendirian keras yang diperlihatkan oleh kerajaan persekutuan dan kesan buruk yang bakal menyusul daripada tindakan tersebut, terutamanya terhadap kepentingan awam, maka kerajaan negeri Selangor tiada pilihan lain, sebaliknya mengambil tindakan undang-undang untuk mencari jalan penyelesaian,” kata pejabat menteri besar.

Dalam satu kenyataan akhbar petang ini, Syabas didakwa tidak layak diberikan lesen kerana syarikat itu gagal menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sebagaimana dikehendaki Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.

“Kerajaan Selangor percaya beberapa prasyarat bagi kenaikan tarif yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi belum mampu dipenuhi Syabas.

Sumber Malaysiakini.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.