Sekarang sedang berlangsung MWC di Barcelona. Sudah pasti acara seperti ini akan menarik syarikat besar terutamanya berkaitan telekomunikasi dan teknologi untuk mengambil bahagian. Ini termasuk syarikat Samsung.

Sebelum ini Samsung membawakan versi refresh Samsung Galaxy Beam yang menyokong projektor pada telefon pintar, pada masa yang sama mereka turut membawakan Samsung galaxy Tab 2. Tablet ini mempunyai resolusi 1280×800. Kalau kita perasan seminggu lepas versi 7 inci diperkenalkan tapi versi ini adalah versi 10 inci. Ianya masih lagi menampilkan pemproses dwi-teras 1GHz serta memori 1GB. Ada keupayaan Bluetooth, kamera depan dan belakang, serta versi 3G dan versi WiFi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.