Dengan berharga bawah RM700, telefon bimbit skrin sesentuh terbaru daripada Samsung ini dikatakan bakal menjadi telefon bimbit pilihan golongan remaja dan pelajar di negara ini. Samsung Corby S3653 menampilkan pilihan pelbagai warna ceria bagi menarik golongan muda memilikinya. Ianya tersedia dalam pilihan warna berani seperti Kuning Jamaica , Pink Cupid, Putih Minimal, dan Orange Festival sehingga pengguna dapat memilih warna kegemaran mereka.

Telefon bimbit ini menyokong rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan MySpace.

Ianya disokong oleh EDGE dan GPRS tetapi malangnya tiada sokongan terhadap 3G dan Wifi. Corby dilengkapi dengan  skrin sesentuh 2.8 inci QVGA 262K TFT dengan kamera 2MP, cukup untuk tujuan asas telefon bimbit berkamera. Berat Corby adalah 93.2g dengan dimensi 103×56.5×12.4mm.

Bagi yang inginkan telefon sesentuh berharga murah, mungkin inilah pilihan anda.

4 thoughts on “Samsung Corby S3653, telefon bimbit daripada Samsung”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.