rumahmeletupIPOH: “Apabila saya memasuki rumah itu bersama beberapa jiran, ia macam kena bom,” kata S Gunalan, 27, menceritakan keadaan rumah jirannya yang musnah akibat letupan sejumlah mercun di Taman Bukit Merah, Menglembu pada jam 7.15 malam kelmarin.

Katanya, bumbung dapur, bilik serta cermin tingkap rumah teres berkenaan musnah dan ketika memasuki satu daripada bilik rumah berkenaan, dia melihat seorang kanak-kanak, P Vicneswaran, 3, terbaring di lantai kerana cedera parah hampir seluruh badan akibat terkena serpihan kaca.

“Saya bersama beberapa jiran kemudian mengangkat kanak-kanak itu untuk dikejarkan ke hospital bersama seorang ibu saudaranya, A Barathi, 25, yang turut cedera di lengan dan kaki yang ketika kejadian sedang membasuh pinggan di dapur,” katanya ditemui di rumah mangsa.

Sumber Harian metro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.