Siapa yang tinggal di daerah Kerian dan Larut Matang tentu kenal dengan Red Omnibus atau lebih dikenali sebagai ‘Bas Merah’. Mulai 1 September(Semalam) tiada lagi perkhidmatan bas dari syarikat ini beroperasi untuk mengambil penumpang ke pekan Taiping, Parit Buntar, Kamunting, Bagan Serai, kawasan Selama serta laluan-laluan lain. Syarikat bas ini beroperasi sejak 1938 memberi kemudahan kepada pelajar, pekerja kilang, kakitangan awam dan orang-orang miskin yang bergantung kepada perkhidmatan bas akan  sukar untuk sampai ke destinasi mereka selepas ini akibat perkhidmatan dihentikan.

Dikatakan bahawa pengusaha bas menghentikan perkhidmatan kerana mereka tidak mampu untuk menampung perbelanjaan operasi bulanan walaupun dengan dana yang diberikan oleh Kerajaan.

*PIC Credit http://calvin-myjourney.blogspot.com

Red Omnibus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.