durianDurian dipanggil raja buah di kawasan asia tenggara disebabkan isinya yang sedap dan berkrim. Bau buah durian juga kuat membuatkan ianya tidak dibenarkan dibawa ke tempat-tempat awam dan juga hotel-hotel kerana ada pelawat terutamanya dari luar negara tidak tahan dengan bau durian.

Tapi bagi rakyat Malaysia durian adalah buah yang dicari apabila tiba musimnya terutamanya bagi penggemarnya. Durian kampung yang popular adalah dari Batu Kurau. Antara durian lain yang popular adalah durian D24, durian musang king serta durian udang merah.

Walaupun durian tidak digemari oleh sesetengah orang luar tetapi celebriti memasak popular Anthony Bourdain adalah penggemar durian manakala Andrew Zimmern tidak suka durian.

[youtube]x694hfQSe8o[/youtube]

[youtube]5V5mWjOzkgk[/youtube]

[youtube]IsE2hVv92Zg[/youtube]

[youtube]3SAi8scj-Og[/youtube]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.