Rapuh dan goyah. Itu yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan sekarang ini. Rapuh sebab pohon kayu sudah reput dan tua. Menunggu masa untuk gugur ke tanah dan dilupakan. Umpama daun kering yang menunggu masa untuk reput atau terbakar bila terkena api. Umpama mimpi yang tidak jadi kenyataan. Semuanya tidak dapat diundur lagi.

Rambut sama hitam hati lain-lain. Hanya tuhan sahaja tahu apa yang tersirat dalam hati setiap insan. Hati boleh keras macam batu dan hati boleh lembut macam air.

Siapa mahu masuk gelanggang mesti tahu buka langkah. Kalau tak tahu boleh terjelepuk kalah. Alang-alang bersilat biar sampai boleh jadi guru. Alang-alang mengail mesti mahu dapat ikan banyak.

Hidup kalau tak ada ujuan tak lengkap umpama masakan tak letak garam. Umpama gulai tanpa santan. Tiada lemak.

Tiada faedah kalau asyik merungut. Kerja tak siap badan binasa.

Hari esok belum pasti bahagia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.