Proton_Iriz_1Proton P2-30A yang dilaporkan dijenamakan sebagai Proton Iriz atau Aero telah didedahkan secara rasmi. Satu laman mikro khusus untuk produk terbaru Proton ini telahpun dilancarkan untuk memperkenalkan kereta ini dan ciri-ciri yang bakal dibawakan olehnya.

Kereta kompak global ini telahpun beberapa kali menjalani ujian di jalan awam dengan badan ditampal dikatakan bakal berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Kereta ini dikatakan akan dikuasai oleh enjin 1.3 liter dan 1.6 liter VVT(enjin baru) yang lebih baik dari enjin CAMPRO.Kereta kompak ini telah lulus ujian kemalangan ASEAN-NCAP dengan penilaian 5-bintang, terima kasih kepada senarai panjang peralatan keselamatan seperti enam beg udara, ABS, ABD, Vehicle Dynamic Control, TCS, BA, HHA, dan sebagainya.

Imej menggoda menunjukkan ia mempunyai lampu depan projektor, sistem infotainment multimedia sesentuh dengan Bluetooth, navigasi dan kamera letak kereta.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.