Seperti ramai sedia maklum, Proton akan mengeluarkan model MPV pertamanya tidak lama lagi. Ianya juga sudah sedia untuk tempahan. MPV ini dipanggil Exora sempena nama sejenis bunga hasil daripada pertandingan mencipta nama Proton MPV. Harga bagi Medium Line adalah RM72000 manakala bagi High Line RM76000.

exora

Antara ciri-ciri menarik yang dikenalpasti adalah,

  • menukar stesen radio atau bermain CD daripada stering
  • overhead LCD dan pemain DVD terbina dalam yang boleh membaca data daripada USB,SD serta MMC
  • tempat duduk kedua dan ketiga boleh laras mengikut keperluan.
  • penyaman udara depan dan belakang untuk lebih keselesaan
  • bekas dan pemegang. Terdapat 10 pemegang cawan dan botol dan juga bekas lain untuk menyimpan barang-barang kecil
  • 7 tempat duduk kulit untuk keselesaan.

Dengan harga yang tepat,  Proton cuma memerlukan masa yang tepat untuk melancarkannya secara rasmi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.