Pakatan kuasai dua bukit, BN di Batang Ai

9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.

Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang dekat dewan penjumlahan undi.

Tidak rasmi. Di DUN Bukit selambau, calon PKR S Manikumar secara tidak rasmi menang dengan majoriti 2,375 undi.

Beliau mendapat 12,607 undi, manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,232 undi.

Manikumar menambah beberapa puluh undi sahaja berbanding majoriti 2,362 undi V Arumugam pada 2008.

Kesemua 13 calon bebas dipercayai hilang wang pertaruhan.

BN menang di Batang Ai dengan majoriti lebih besar. BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak pada 2006

Sumber Malaysiakini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.