Entry ni terhasil lepas baca entri Kakjie berkenaan Status Halal Dan Haram Blog.
Aku bukan nak ulas berkenaan iklan kat Nuffnang atau apa-apa yang berkaitan blog, tapi atas lagi pada blog iaitu sistem operasi.
Setiap komputer pasti ada sistem operasi atau lebih mudah dipanggil OS. Macam mana pula kalau OS tu tak asli atau lebih senang dipanggil pirate. Adakah hasil penggunaan OS yang pirate tu dalam membuat kerja-kerja kita menjadikan ianya Haram? Ada tak keberkatan bila menggunakan perisian cetak rompak?
Kenapa pula nak fatwakan HARAM menggunakan perisian cetak rompak? Aku rasa bidang pengaturcaraan perisian akan terjejas dan lenyap jika cetak rompak tak dibendung. Orang-orang yang bekerja sebagai pengaturcara tentu susah cari makan kalau setiap perisian hasil titik peluh pecah kepala siang malam membuat perisian senang senang di cetak rompak.
Penggunaan OS cetak rompak kat Malaysia ni memang tak boleh nak dikawal sebab kalau di lihat perisian asli adalah sangat mahal disebabkan oleh tukaran wang asing. Kalau diikutkan perisian Microsoft menguasai hampir kesemua segmen sistem operasi di Malaysia ni.
Kalaupun perisian itu berharga RM100, orang masih sanggup beli cetak rompak sebab dengan RM100 boleh beli 10 DVD cetak rompak.
Kenapa perisian asli mahal? Perisian asli mahal sebab nak membayar pengaturcara yang bekerja membangunkan perisian itu. Ini tidak berlaku pada perisian cetak rompak.
Tu baru dikira dari OS, belum lagi dengan perisian yang lain macam MS Word, Photoshop, Dreamweaver dan sebagainya. Adakah korang pakai asli kesemuanya?
Ada alternatif?
Mesti ada. Pakai Linux.
Tapi, kan Linux susah.
Siapa kata?
Tu mungkin dulu. Dulu Linux memang agak sukar dan begitu teknikal untuk dipasang. Create partition guna fdisk memang pening. Cuma orang-orang yang terpilih je mampu pasang Linux kalau masa dulu.
Sekarang bukan sesukar itu. Ubuntu paling senang. Kalau nak lebih adventure sikit cuba OpenSuSE, Fedora atau Mandrive. Kalau nak old skool cuba Slackware. Cara pasang Slackware tak banyak berubah sejak aku mula pasang dulu.
Bantuan?
http://fedora.foss.org.my/
http://www.slackwarehelp.org/
http://forum.mandriva.com/
Aku dah shoot kat satu forum untuk tengok reply dari kebanyakannya pakar IT dan bawa aku kepada jawapan dari Ustaz Zaharuddin.
Aku akui memang sukar nak beralih dari Windows kepada OS alternatif yang lain. Macam aku juga menggunakan Linux dan Windows.
🙂 🙂 🙂
hehehe, kalau keluar fatwa ni, aku pun kena beralih gak la
.-= mknace´s last blog ..Rombongan ke Poliklinik Gelang Patah =-.
Takdepun keluar Fatwa, memang xde pun cadangan nak keluar Fatwa, rumor pun xde. Cuma just terfikir benda ni. Kalau le keluar Fatwa, macam mana gamaknye ye dunia Open Source. Pasti tak sama macam sekarang.
wow ni entry direct neh 😀
kadang2 isu gini memang dah ada dalam dalam lubuk hati tapi tak tertulis atas sebab tertentu.
hanya orang terpilih je leh tulis 😀
.-= TMUkmkd´s last blog ..Cirit Birit =-.
Hehe. Tempias dia kena kat diri sendiri gak. Tapi kalau difikirkan pun, memang betul gak sebab macam mana la bidang pengaturcaraan perisian nak maju.
Isu yang tak akan habis kalau dibincangkan. Sama seperti isu fotostat buku 😀