pangkor2Sempena hari Malaysia ada kesempatan untuk pergi bercuti bawa isteri ke Pulau Pangkor. Kali pertama pergi ketika masih bujang. Trip kali ini berbeza sedikit ada kesempatan nak meneroka pulau yang sebelum ni hanya terperap di kawasan chalet je.

Kami parking kereta di Pulau Marina. Harga untuk parking 3 hari adalah RM38. Kami ambil feri dari Pulau Marina disebabkan tak suka terlampau sesak kalau naik dari Lumut maklumlah hari Malaysia.

Kami sewa skuter untuk jelajah pulau dengan harga RM40 sehari. Kalau nak sewa sejam pun boleh, RM15 je tapi rasanya tak berbaloi sewa sejam. Sewa kereta tak digalakkan kalau tak biasa dengan jalan kerana jalan agak berbukit dengan selekoh merbahaya dan sempit takut tak berbaloi dengan bayaran. Lebih baik sewa teksi kalau nak berjalan. Sewa teksi dari jeti Pangkor ke Teluk Nipah(chalet kami disini) adalah RM15. Chalet yang kami sewa adalah Ombak Inn Chalet.

Antara tempat yang kami sempat pergi adalah kota Belanda di Kampung Teluk Gedung. Dikatakan kota ini merupakan tempat Belanda menyimpan bijih tima sebelum dibawa ke negeri mereka. Kami juga pergi ke kilang satay ikan utara daripada jeti Pangkor.

Kalau ikutkan kami dah pusing pulau dengan skuter. Boleh dikatakan jalan agak berbukit terutamanya kalau nak pergi ke Teluk Dalam Resort daripada jeti Pangkor. Bagi yang suka aktiviti lasak boleh juga sewa ATV.

Harga makanan disini boleh tahan. Nak kata mahal sangat tak juga. Nak kata murah tak juga. Bergantung kepada apa yang kita makan. Chalet kami sediakan sarapan pagi. Boleh jimat sikit kalau taknak sarapan di luar.

Masa pertama kali pergi tak banyak gerai macam sekarang. Sekarang dah banyak gerai yang dibuka terutamanya cenderamata. Boleh le kalau nak beli ole-ole untuk kawan-kawan atau sedara mara.

Secara keseluruhan amat berpuas hati dengan percutian kali ini sebab pergi sendiri dan berdua je dengan isteri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.