TOKYO: Seorang bintang pop anggota kumpulan muzik veteran Jepun ‘SMAP’ ditahan semalam kerana beraksi sumbang di khalayak ramai apabila berbogel, mabuk dan bertindak lucah di sebuah taman di sini.

Tsuyoshi Kusanagi, 34, ditahan awal pagi dekat kelab malam daerah Roppongi selepas mendapat laporan seorang penduduk tempatan, kata jurucakap polis.

Stesen televisyen melaporkan penahanannya dengan memaparkan buletin yang biasanya dikhususkan untuk gempa bumi dan berita besar lain, sementara helikopter televisyen merakamkan gambar taman itu.

Sumber Bharian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.