Bagi peminat gadget dan barangan IT seperti laptop, tablet dan PC, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke PC Fair bermula 13 April ini di KLCC(Kuala Lumpur Convention Centre) bagi memiliki gadget yang diidamkan.

Bagi yang biasa pergi ke PC Fair, mesit perasan PC Fair sekarang tidak sama dengan PC Fair dahulu kerana PC Fair dahulu lebih menonjolkan perkakasan seperti kad grafik, motherboard, ram, serta semua komponen sesebuat PC. Laptop pula adalah begitu mahal ketika itu dengan anggaran harga melebihi RM4000. PC biasa sekalipun berharga sekitar RM3000 walaupun cuma PC klon.

Tapi dengan kepesatan teknologi, semua itu sudah berlalu apabila barang-barang PC menjadi murah dan marjin keuntungan penjual juga kecil. Mereka terpaksa bersaing untuk menjual barangan dengan harga murah tetapi perlu habiskan stok hanya untuk PC Fair. Waktu ini harga laptop boleh didapati serendah bawah RM1500 berbanding 10 tahun dulu yang lebih mahal. Apa yang pasti PC Fair sekarang lebih menonjolkan gadget seperti tablet, telefon pintar serta alatan navigasi. Penjualan komponen PC untuk DIY adalah kurang berbanding 10 tahun dulu.

Disababkan PC Fair sekrang dibuat di KLCC, sesak memang tidak dapat dielakkan. Adal bagus sekiranya kalau nak datang naiklah pengangkutan awam. Harga parking di KLCC pun boleh tahan mahalnya.

Jadi bagi sesiapa yang nak cari tablet baru ke atau laptop, jomlah ke PC Fair.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.