Home » Linux

Pakej LINUX ( LINUX Distribution )

8 November 2014 No Comment

opensusePakej LINUX yang pertama sekali adalah Yggdrasil pada tahun 1993. Selepas pemasangan yang mudah Yggdrasil memulakan sistem X Window dengan pembukaan video MPEG dan suara ‘hello’ daripada sistem. Hari nini Yggdrasil http://www.yggdrasil.com menghasilkan pelbagai produk LINUX dan memberikan pelbagai khidmat sokongan dan teknikal kepada pengguna.

Pakej Slackware juga merupakan pakej yang terawal dihasilkan oleh Patrick Volkerding boleh didapati daripada Internet ataupun CDROM. Pakej Debian http://www.debian.org dikumpulkan oleh sukarelawan dari seluruh dunia dan boleh didapati dengan mudah melalui Internet.

Pakej yang paling popular dan juga merupakan pakej yang terawal adalah REDHAT http://www.redhat.com . Pakej ini merupakan pakej yang mempunyai pengguna paling ramai kerana amat fleksibel dan baik.

Pakej SUSE http://www.suse.com adalah pakej yang berasal dari Jerman. Pakej ini juga merupakan pakej yang terbaik dari segi kestabilannya disamping menggunakan bahasa Inggeris dan Jerman. Manakala pakej Caldera memasukkan perisian komersil dalam pakej mereka dan mensasarkan golongan pengguna mereka adalah dari sektor korporat dan persekitaran Intranet. Caldera menambahkan perisian berlesen seperti perisian grafik, menyediakan sokongan perkongsian fail dan printer dengan NOVELL serta Netscape Navigator untuk perisian pelayar Internet. Caldera turut menjual WABI iaitu perisian yang membenarkan kebanyakan aplikasi WINDOWS 3.1 (16-bit) beroperasi pada sistem LINUX.

Pakej lain adalah Corel merupakan pakej yang berasaskan pakej Debian dan dipanggil Corel LINUX. Ianya amat mudah dipasang dan tidak mendatangkan banyak masalah. Pakej ini turut hadir dengan perisian pemproses perkataan yang popular iaitu Word Perfect Office.Hari ini pakej LINUX telah bercambah tidak terkira banyaknya.

Terdapat juga sokongan teknikal daripada organisasi –organisasi tertentu seperti infomagic http://www.infomagic.com yang memberikan sokongan teknikal dan dokumentasi tentang produk LINUX. Organisasi ini juga turut memberikan perkhidmatan dalam bentuk pelayan kumpulan kerja. Organisasi ini juga menawarkan perkhidmatan sebagai pelayan web,pelayan ftp dan sebagainya.



Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.