.

Linux, misc »

c) Skrip cengkerang (shell script)
[ 7 Nov 2014 | No Comment | ]

– Sejarah
Apabila Ken Thompson dan Dennis Ritchie mula – mula menulis UNIX mereka mula mencari idea baru untuk pengguna menggunakan komputer. Salah satu idea yang mereka perolehi adalah untuk membuat antaramuka pengguna komputer boleh berubah dan di tukar untuk keperluan spesifik bagi sesuatu aplikasi.

Antaramuka pengguna ini dipanggil penterjemah arahan kerana ia akan menterjemahkan apa yang ditaip oleh pengguna dan menukarkannya kepada sesuatu yang dapat difahami oleh komputer. Kebanyakan sistem komputer mempunyai penterjemah arahan yang terbina dalam Sistem Pengoperasian tetapi pengguna tidak dapat mengubahnya. Sistem DOS dibina dengan cara ini. Pembangun …

Read the full story »

Linux, misc »

iv. Menggunakan Fedora
[ 7 Nov 2014 | No Comment | ]

Sejarah
Pada tahun 1984 projek ANTHENA MIT cuba membangunkan sistem komputeryang mampu menyambungkan beribu-ribu komputer kepada rangkaian dalaman. Projek ini pada asalnya dimulakan oleh Brian Reid dan Paul Ascente daripada Universiti Stanford dan dinamakan projek W. Projek ini kemudannya diteruskan oleh Bob Scheifler (MIT) dan Jim Gettys (Digital Eqp. Corp.) tetapi kemudiannya dikenali sebagai X. Sistem ini kemudiannya dinamakan sistem X Window iaitu antaramuka grafik bagi sistem pengoperasian LINUX serta kebanyakan sistem lain.
Pihak GNU kemudiannya memperkenalkan GNOME iaitu GNU Network Model Environment. GNOME adalah persekitaran grafik yang bukan sahaja mudah digunakan …

Read the full story »

Uncategorized »

GNOME
[ 7 Nov 2014 | No Comment | ]

Rajah 2.3 1 – antaramuka terbaru GNOME
GNOME merupakan salah satu pengurus antaramuka bagi LINUX. GNOME terdiri daripada beberapa elemen iaitu aplikasi standard, panel, dan desktop. Desktop merupakan ruang dimana kita melakukan kerja. Aplikasi standard adalah termasuk pengurus fail GNOME, pelayar pertolongan dan sebagainya. Panel pula adalah bar menu yang terletak dibawah skrin.
Desktop talah diletakkan dengan beberapa ikon tertentu yang menyambungkan ketempat tertentu seperti pengurus fail GNOME(sekarang menggunakan Nautils), laman web, bakul sampah dan sebagainya.
Pelayar pertolongan GNOME membekalkan tutorial yang komprehensif dansenang diikuti dengan memberikan penerangan menyeluruh tentang GNOME. Pelayar pertolongan …

Read the full story »

Linux, misc »

KDE
[ 7 Nov 2014 | No Comment | ]

Rajah 2.4 1 – antaramuka terbaru KDE
KDE juga merupakan pengurus antaramuka yang popular bagi LINUX. Ciri-ciri yang terdapat pada KDE lebih kurang sama dengan GNOME. Kebanyakan fungsi-fungsi standard juga menyerupai GNOME seperti pengurus fail(konqueror-boleh juga digunakan sebagai browser web), panel dan sebagainya.
No tags for this post.

Read the full story »

Uncategorized »

Desktop maya
[ 6 Nov 2014 | No Comment | ]

Desktop maya merupakan salah satu ciri standard yang terdapat pada semua sistem LINUX dimana ia membenarkan banyak tetingkap dibuka pada skrin monitor. Ciri ini menjadikan seolah-olah skrin monitor cukup besar untuk meletakkan semua tetingkap yang sedang dibuka. GNOME dan KDE mampu memberikan persekitaran maya dan desktop maya. Desktop maya membenarkan banyak tetingkap boleh dibuka manakala skrin maya membenarkan desktop lebih besar daripada skrin monitor.
Sistem bunyi
Linux menyokong kebanyakan kad bunyi asalkan bukan berjenis Plug and Play. Kad berjenis Plug and Play bergantung sepenuhnya pada driver yang dibekalkan oleh pengeluar. Walaupun begitu …

Read the full story »