Xiaomi Mi MIX hampir tanpa bingkai

Selepas memperkenalkan Mi Note 2 pada acara hari ini, Xiaomi perkenalkan pula satu lagi flagship phone iaitu Mi MIX. Apa yang menarik pada telefon pintar ini adalah ciri hampir tiada bingkai(frameless). Dengan ukuran skrin 6.4 inci hanya bahagian bawah mempunyai bingkai.
Antara ciri yang diketahui adalah badan dibuat dari seramik serta kamera belakang 16MP. Tahap kekerasan adalah 8 MoHs. Untuk rujukan tahap kekerasan berlian adalah 10 MoHs.

Xiaomi Mi MIX hampir tanpa bingkai Read More »

DTEK60 telefon Android BlackBerry

Telefon pintar Android daripada BlackBerry dikatakan bakal keluar tidak lama lagi. Daripada maklumat awal yang tertiris didapati telefon ini bakal dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 820, 4GB RAM serta storan 32GB.  Ianya turut dilengkapi pengesan cap jari. Antara ciri lain adalah kamera belakang 21MP dan depan 8MP. Walaupun belum keluar tetapi ada penjual online menawarkan pra

DTEK60 telefon Android BlackBerry Read More »

Xiaomi perkenal Mi Note 2 dengan skrin lengkung

Xiaomi merupakan pengeluar telefon pintar yang mempunyai kelas tersendiri. Terbaru, mereka melancarkan Mi Note 2 dengan skrin melengkung seakan Note 7. Menurut mereka ianya adalah kesinambungan daripada model awal yang hanya menggunakan permukaan melengkung pada bahagian belakang.
Mi Note 2 dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 821, 6GB LPDDR4 RAM dan storan sebanyak 128GB. Kapasiti bateri adalah 4,070mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Xiaomi perkenal Mi Note 2 dengan skrin lengkung Read More »

Huawei Mate Pro 9 bakal hadir 9 November

Banyak pengeluar telefon pintar akan beroleh manfaat hasil dari isu kebakaran bateri telefon Samsung Galaxy Note 7. Salah satunya adalah Huawei yang diwar-warkan akan mengeluarkan model baru seakan-akan Note 7 iaitu Huawei Mate 9 Pro. Model terbaru ini dikatakan akan dilancarkan pada satu acara yang dijadualkan pada 9 November ini. Model ini dikenali sebelum ini dengan nama kod ‘Long Island’ dengan resolusi lebih tinggi iaitu QHD(1,440 × 2,560) berkemungkinan untuk memanfaatkan Google ‘Daydream’. Daydream merupakan teknologi VR daripada Google.

Huawei Mate Pro 9 bakal hadir 9 November Read More »

Exit mobile version