Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim kesal kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz gagal memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak meletakkan Orang Asli sebagai kaum bumiputera.

Katanya, menurut Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persekutuan, Orang Asli tidak diberi hak keistimewaan sebagai Bumiputera.Zaid (kanan) berkata Orang Asli tidak dikategorikan sebagai bumiputera, kerana Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak sahaja yang dianggap sebagai bumiputera.

“Hanya ‘Malays and the Natives of Sabah and Sarawak‘ dianggap sebagai Bumiputera. Inilah nasib Orang Asal di negara ini,” katanya.

“Sepatutnya merekalah orang yang paling layak sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal dan anak putera bumi bertuah ini tetapi juga kerana mereka paling miskin.

Zaid mengulas tindakan lebih 2,000 Orang Asli yang berarak ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, semalam untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.

Sumber malaysiakini.

4 thoughts on “Orang Asli bukan bumiputera?”
  1. aku mengajar di pengkalan hulu..ramai anak2 orang asli yang nama diorg melayu dan mempunyai bin atau binti, tapi sebenarnya bukan org islam..diorg xda agama..tu yg aku konpius skit ttg nama diorg ni..blh plak guna bin dan binti kat IC

    1. Aku rasa jadi macam ni sebab ada guru agama mengajar kat kampung orang asli ni, tapi bila guru dah tak mengajar terlampau lama, mereka kembali kepada agama asal mereka.

  2. politik oh politik~
    .-= ery´s last blog ..Lagi Kes Dera †Bapak Pukul Anak Yang Nak Pakai Tudung =-.

    1. Politik makanan hari-hari kat TV skang dan juga kat internet malaysia ni. Sama macam propaganda CNN dalam perang teluk, sama macam propaganda Israel. Bila hari-hari berlaku kita jadi macam tak kisah, jadi macam sebati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.