Hos penyampai rancangan bual terkenal, Oprah Winfrey telah disaman 1 trillion USD (RM3.6 trillion) oleh penulis buku Damon Lloyd Goffe kerana plagiat kata blogger celebrity Perez Hilton dalam website beliau. Menurut Hilton, Goffe menyaman Winfrey dan syarikat produksinya, Harpo kerana mencuri bahan daripada bukunya “A Tome of Poetry” dan menerbitkannya dibawah namanya dengan tajuk baru iaitu “Pieces of My Soul”.

Semasa kes difailkan di mahkamah, Goffe mendakwa Oprah telah melakukan kesalahan tersebut pada tahun lepas. Penulis yang berpengkalan di New York tersebut mendakwa, Oprah telah menjual lebih 650 juta salinan buku plagiat secara online untuk 20USD satu salinan, membolehkannya memperoleh pendapatan 1.2 trillion USD.

Kes harta intelek ini telah difailkan pada 31 Julai di Mahkamah Daerah US di Washington D.C..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.