Home » Uncategorized

OpenSUSE 11.2 dilancarkan secara rasmi hari ini

13 November 2009 2 Comments

opensuseProjek OpenSUSE merupakan projek sumber terbuka yang ditaja oleh Novell hari ini mengumumkan bahawa OpenSUSE 11.2 sudah tersedia untuk dimuat turun melalui laman web rasmi OpenSUSE. OpenSUSE adalah sistem operasi yang selamat dan stabil serta mencakupi semua perisian yang diperlukan untuk dipasang kepada komputer desktop atau komputer pelayan. OpenSUSE merupakan asas bagi SUSE Linux Enterprise daripada Novell.

Apa yang baru dengan OpenSUSE 11.2?

OpenSUSE 11.2 bukan sahaja sesuai untuk pengguna berpengalaman, malah juga sesuai untuk pengguna baru kerana beberapa ciri-ciri sebelum ini telah dipertingkatkan. Ianya juga turut memuatkan versi kemaskini beberapa perisian penting seperti Firefox, OpenOffice, GNOME, KDE serta lebih 1000 aplikasi sumber terbuka untuk desktop. OpenSUSE 11.2 juga turut dilengkapkan dengan perisian pelayan, juga tidak ketinggalan perkakasan untuk pembangunan perisian seperti bahasa pengaturcaraan.

Beberapa ciri penting dalam OpenSUSE 11.2.

  • KDE 4.3, kemaskini terbesar untuk platform KDE, sokongan rangkaian diperbaiki dan integrasi lebih baik dengan Firefox dan OpenOffice.
  • GNOME 2.28, dengan keluaran terbaru dari GNOME menampilkan barisan tema baru, memperbaiki perisian untuk kemaskini, penambahbaikan pada webcam serta aplikasi video, dan fungsi baru untuk menyokong GNOME 3.0
  • OpenOffice 3.1, perisian pejabat ini adalah serasi dengan perisian Microsoft Office,.
  • Penambahan pada KDE dan GNOME microblogging untuk jaringan sosial seperti Gwibber dan Choqok.
  • Sokongan untuk enkripsi data bagi seluruh cakera keras serta sokongan terhadap EXT4 dan btrfs.
  • Versi YaST melalui web browser iaitu WebYaST. Memudahkan pengkonfigurasian sistem OpenSUSE dari jarak jauh.
  • Kebolehan untuk memasang GNOME atau KDE live media dari USB, banyak pembaharuan dilakukan untuk menjadikan proses menaiktaraf lebih baik misalnya, pengguna 11.1 boleh terus menaiktaraf sistem kepada OpenSUSE 11.2.

Secara peribadinya saya sudah pakai SuSE lama, sejak dari SuSE 7.0 dan menjadi distro utama saya pasang dalam PC atau laptop.



2 Comments »

  • sophon said:

    alamak, betul ke open office 3.1 tu? versi terbaru adalah 3.2, yang menyokong file microsoft office 2007/2010 (docx)

  • admin (author) said:

    Betui la tu. Masa keluar tu versi Open Office yang disertakan adalah 3.1

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.