Seni bina NVIDIA ® Kepler ™ , yang telah merevolusikan bagaimana permainan PC dimainkan sejak diperkenalkan pada bulan Mac. Kini, kuasa baru NVIDIA GeForce ® GTX 660 Ti GPU telah diperkenalkan bermula pada hanya $ 299.

Prestasi yang benar-benar merubah permainan PC yang paling mencabar dimainkan pada resolusi pilihan peminat permainan video 1080p, GTX 660 Ti adalah naik taraf yang dramatik bagi sesiapa yang bermain di teknologi grafik generasi sebelumnya. GTX 660 Ti adalah 41 peratus lebih cepat secara purata daripada GTX 560 Ti dari tahun 2011, dan 58 peratus lebih cepat secara purata daripada GTX 470 dari 2010.

Di samping menyediakan prestasi yang mengagumkan, GTX 660 Ti dipenuhi dengan ciri-ciri, seperti sokongan penuh untuk tessellation DirectX 11, TXAA, dan PhysX ® dan keupayaan untuk menggnakan paparan monitor 3+1 daripada kad tunggal.

Seni bina Kepler menggunakan kuasa rendah dan mengeluarkan haba yang kurang memastikan pemain mempunyai pengalaman permainan yang paling stabil, tenang dan kuasa yang cekap dalam kelas harganya.

Apabila dua GTX 660 Ti berpasangan bersama-sama dalam mod SLI, ianya memberikan prestasi yang melebihi dari persaing sehingga 21 peratus.

GTX 660 Ti dibina menggunakan seni bina 28-nanometer Kepler NVIDIA, seperti 680 GTX, GTX 670 dan dwi-GPU GTX 690, semua yang telah diperkenalkan pada awal tahun ini.

NVIDIA GeForce GTX 660 Ti GPU boleh ddapati sekarang dari pengeluar kad grafik  termasuk ASL, ASUS, Colorful, ECS, EVGA, Gainward, Galaxy, Gigabyte, Innovision 3D, JETWAY, Leadtek, MSI, Palit, Point- View, PNY dan ZOTAC.

Maklumat lebih lanjut mengenai GeForce GTX 660 Ti adalah didapati daripada www.GeForce.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.