Nokia hari ini telah mengeluarkan 3 telefon bimbit terbaru yang bakal mengguna sistem operasi Symbian Belle. Telefon bimbit tersebut adalah Nokia 700, Nokia 701 dan Nokia 600. Antara ciri yang paling menonjol bagi Symbian Belle adalah keupayaan NFC.

Dengan hanya 50 sentimeter padu, seberat 96gm dan pada 110 x 50,7 x 9,7 mm, Nokia 700 bukan sahaja menjadi telefon pintar Nokia yang paling kecil , ia adalah telefon pintar monoblock sesentuh yang paling padat di dunia. Telefon ini dikuasakan oleh pemproses 1GHz, skrin 3.2 inci ClearBlack AMOLED, 2GB memori dalaman (dengan pilihan menggunakan kad microSD 32GB) serta HD video dan 5MP kamera fokus penuh dengan LED flash. Telefon ini juga mesra alam.

Nokia 701 pula bedasarkan kepada Nokia C7. Ianya merupakan telefon bimbit nipis dengan paparan 3.5 inci. Dari segi keupayaan, ianya dikuasakan oleh 1Ghz pemproses, kamera fokus penuh RMK-8 serta dual LED flash dan 2 X digital zoom. Memori dalaman telefon adalah 8GB dan jika ditambah 32GB memori simpanan menjadi 40GB.

Satu lagi telefon yang diperkenalkan oleh Nokia adalah Nokia 600. Telefon ini sesuai untuk peminat muzik. Dengan 60 jam masa main balik muzik, pembesar suara dalaman yang begitu kuat dan keupayaan aliran muzik wayarles kepada aksesori NFC, ia adalah telefon pintar yang sempurna untuk parti. Walaupun harga telefon ini lebih murah dari Nokia 700 dan Nokia 701 tetapi ianya turut dilengkapi oleh pemproses 1GHz, beserta memori dalaman 2GB. Telefon ini juga menyokong sehingga 32GB memori tambahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.