Jualan Nokia Lumia telah mencecah 2 juta  menurut maklumat yang dikeluarkan oleh syarikat itu hari ini. Nokia Lumia merupakan telefon Nokia terbaru dan paling penting, disokong oleh Windows Phone Mobile. Hasil jualan telah dikeluarkan dalam keputusan suku pertama tahun fiskal, dan jika anda berfikir 2 juta jualan Nokia Lumia adalah banyak, Nokia sebenarnya menjual 71 juta telefon “biasa” pada suku yang sama lebih banyak telefon daripada gabungan semua iPhone dan telefon Android yang dijual dalam tempoh yang sama.

Secara keseluruhan, Nokia mempunyai jualan sebanyak 4.2 bilion Euro pada suku ini, tetapi walaupun ada peningkatan jualan telefon bimbit Lumia, syarikat masih kehilangan wang pada suku itu. Menurut Nokia, syarikat itu kini beralih dari telefon bimbit kepada telefon pintar. Peningkatan jualan Lumia Nokia pasti membantu memberikan gambaran keseluruhan apa yanga bakal berlaku di masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.