Nokia hari ini mengumumkan bahawa Nokia Lumia 610, telefon pintar paling berpatutan telah mula dipasarkan di Asia. Ia akan mula dijual di Filipina pada minggu akhir bulan April, dan di China, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Singapura, Taiwan, Vietnam pada minggu-minggu berikut.

Nokia Lumia 610 direka sebagai pengenalan sempurna kepada Telefon Windows untuk khalayak yang lebih muda. PeopleHub menjadikannya mudah untuk terus berhubung dengan rakan-rakan, menyediakan akses segera kepada rangkaian sosial dan membawa kenalan e-mel, Facebook, Twitter dan LinkedIn  ke dalam satu tempat. Ia juga menjadikan lebih mudah untuk melayari Web dengan Internet Explorer dan mengakses permainan melalui Xbox Live. Lumia 610 juga akan datang dengan tethering WiFi dan flip-untuk-senyap, ciri-ciri yang akan disediakan di seluruh portfolio Lumia.

Disediakan dengan Nokia Maps, Nokia Drive, Nokia Transport dan Nokia Music, orang ramai juga boleh memilih daripada beribu-ribu aplikasi dalam Marketplace. Dengan profil yang tersendiri dan tepi logam yang halus, Nokia Lumia 610 dibina untuk menyampaikan kualiti dan aspirasi.

Nokia Lumia 610 juga merupakan telefon pintar hebat untuk pelajar yang akan menggunakan perisian Microsoft Office app. Words mudah alih, PowerPoint mudah alih, Excel mudah alih untuk menguruskan dokumen, dan OneNote mudah alih untuk menangkap nota, idea, gambar dan memo suara membuat kerja lebih mudah. Dengan SkyDrive, fail dan nota boleh di synchronize untuk dibuka dan disunting kemudian.

Nokia Lumia 610 boleh didapati dalam warn hitam, cyan, magenta dan putih, dan akan dijual pada harga runcit anggaran RM765 sebelum cukai.

2 thoughts on “Nokia Lumia 610 mula dilancarkan di Asia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.