4 pilihan warna Nokia 3310
4 pilihan warna Nokia 3310

Telefon bimbit lagenda Nokia 3310 dilancarkan secara rasmi oleh HMD mengembalikan kembali nostalgia pada zaman kegemilangan Nokia dahulu. 3310 adalah model yang paling laris dahulu dan hampir semua orang biasa dengan bentuknya. Khabar angin yang mengatakan bahawa Nokia 3310 akan dijelmakan kembali ternyata benar.

Harganya juga murah iaitu 46UER sesuat dengan tujuan utamanya sebagai telefon bimbit dan bukannya telefon pintar.

Terdapat empat pilihan warna, Merah suam berkilat, Biru gelap matte, Kuning berkilat dan Perang matte. Pemproses tidak didedahkan tetapi ianya datang dengan 16MB storan. Storan tambahan mampu menampung sehingga 32GB. Nokia 3310 menggunakan OS tersendiri iaitu Nokia Series 30+ OS. Gaya UI juga dikembalikan kepada ciri-ciri asal. Tiada sokongan Wifi dan terhad hanya kepada rangkaian 2G.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.