MH370 Boeing 777-200Malaysia Airlines mengesahkan bahawa penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Kawalan Trafik Udara Subang pada 02:40 pagi, hari ini. Terdapat spekulasi bahawa pesawat telah mendarat di Nanming.Penerbangan MH370 menggunakan pesawat Boeing 777-200. Ia bertolak dari Kuala Lumpur pada 0:41 pagi ini untuk ke Beijing. Pesawat itu yang dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan.

Penerbangan itu membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal – yang terdiri daripada 227 penumpang (termasuk 2 bayi ), serta 12 anak kapal.
Penumpang adalah dari 14 negara yang berbeza : –

China – 152+1 bayi
Malaysia – 38
Indonesia – 12
Australia – 7
Perancis – 3
Amerika Syarikat – 3 pax + 1 bayi
New Zealand – 2
Ukraine – 2
Kanada – 2
Rusia – 1
Itali – 1
Taiwan – 1
Netherlands – 1
Austria – 1

Penerbangan itu dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, yang berusia 53 tahun. Beliau mempunyai jumlah 18,365 jam penerbangan. Beliau menyertai Malaysia Airlines pada tahun 1981. Pegawai pertama, Fariq Ab.Hamid , warganegara Malaysia, berumur 27. Beliau mempunyai jumlah jam terbang sebanyak 2,763 jam. Beliau menyertai Malaysia Airlines pada tahun 2007.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.