eksidenPernahkah anda menghadapi musibah atau kesusahan? Demam teruk, motor pancit tengah jalan kena tolak, kereta rosak walaupun baru, anak sakit, pekerja bermasalah di pejabat, hidup tak tenteram, rumah kena rompak, isteri/suami curang, kemalangan dan sebagainya. Mungkin bagi yang kurang berfikir, sukar nak menafsirkan mengapa ianya terjadi.

Hidup ini umpama roda, kadang diatas, kadang dibawah. Ada ketikanya kita berada dipuncak, dan akan ada masanya kita mungkin akan terjelepuk jatuh kebawah. Bagi yang beringat, perkara ini mungkin tidak berlaku.

Ianya adalah kesan dan akibat apabila kita membuat sesuatu perkara. Ia adalah hukum karma. Sebagai contoh katakan hari ini kita menipu orang, adalah tidak mustahil satu masa nanti orang pula akan menipu kita. Lihatlah sekeliling kita.

Hendak bercakap juga perlu berhati-hati, hendak mengata orang juga perlu beringat. Berkemungkinan orang yang kita katakan itu lebih baik daripada kita. Jika tiada perkara yang positif nak dicakapkan lebih baik diam. Jari telunjuk yang menunding pada orang, 4 jari menunding kepada kita.

Bagi pasangan bercinta yang belum kawen tu, berpada-padalah dalam berkasih sayang, kalau dah termasuk air lebih tu cepat-cepatlah kumpul duit dan kawen macam En Azman. Dah kawen macam-macam boleh buat, buat la puas-puas . Tak ada siapa nak larang lagi.

Cuba fikirkan sejenak, katakan kita telah terlanjur dengan pasangan kita, adakah kita rasakan ianya akan tamat setakat itu sahaja. Cuba fikirkan, adakah umur kita setakat itu sahaja. Tidakkah kita dapat fikir umur akan meningkat. Katakan kita bertanggungjawab dan mengambil pasangan kita sebagai isteri/suami. Fine. Tapi cuba fikirkan apabila anak kita sudah besar sama seperti umur kita nanti, mana tahu pasangan anak kita nanti akan melakukan perkara yang sama pada anak kita.

Janganlah menayakan orang, kelak tuhan akan membalas kita balik. Tuhan tidak pernah lupa kepada apa yang kita lakukan pada orang lain. Doa orang yang dianiaya adalah mustajab.

Jika kita teraniaya, serahkan sepenuhnya pada tuhan untuk membalasnya.

Jika kita yang menganiaya orang, bersedialah menerima pembalasan darinya.

3 thoughts on “Musibah, balasan, malapetaka, kesusahan, hukum karma”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.