firefox_focusBayangkan jika pelayar web anda sentiasa dalam mod incognito, menyekat semua iklan dan pengesan cookies semasa melayari web.  Itu serba sedikit berkenaan browser terbaru untuk peranti iOS yang baru dilancarkan.

Firefox Focus hanya mempunyai satu tab, tiada penanda laman dan tidak menyimpan sejarah pelayaran. Apabila selesai digunakan hanya tekan butang padam pada sebelah bar alamat dan segalanya akan dibersihkan. Ia juga menyembunyikan kandungan pelayar daripada dilihat apabila anda berada di dalam iOS menu multitasking.  Terdapat juga butang integrasi dengan Safari.

Selain daripada ciri-ciri privasi, Mozilla Focus turut menghalang iklan, menghalang pengesan analisis serta pengesan rangkaian sosial secara default. Dengan butang integrasi Safari, anda boleh menggunakan Focus hanya sebagai satu penghalang iklan dalam Safari.

Firefox Focus kini boleh didapati secara percuma di App Store.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.