Lamborghini SV kuning
Lamborghini SV kuning

Best betul mimpi mahal malam tadi. Mimpi bawa kereta Lamborghini, model apa tak ingat dah. Tapi macam lamborghini Diablo SV.

Kereta ni memang dikategorikan sebagai kereta mewah. Cuma orang-orang tertentu saja yang mampu beli kereta macam ni. Kalau setakat makan gaji rasanya sampai mati pun tak dapat nak memiliki kereta macam ni.

Aku harap mimpi mahal ni bukan sekadar mimpi. Biarla mimpi macam ni jadi kenyataan.

Nampak gaya jalan semakin berliku. Bila kita meningkat dewasa semakin ada perkara yang seolah-olah meyekat apa yang kita nak capai tu. Seolah-olah ada halangan.

Bagi yang kental, dah pasti akan berjaya hadapi segala dugaan dan halangan. Bagi yang malas, pasti tertewas.

Mungkin satu masa nanti Inertz Corp. akan menjadi salah satu konglomerat terunggul di dunia setanding dengan Microsoft. Wau hebatnye angan-angan.

Dan diwaktu itu seorang CEO iaitu aku pasti menjadikan Lamborghini pengangkutan utama merempit di highway. haha…

3 thoughts on “Mimpi mahal malam tadi, adakah tanda aku akan kaya?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.