mimpi

Semua orang pasti bermimpi waktu tido kan. Sesiapa tak bermimpi tipu la. Tapi ada juga keadaan kita tak bermimpi langsung waktu tido. Mula dari tido sampai bangun rasa sekejap aje sebab otak kosong kerana tiada maklumat masa tempoh tido tu. Ada juga keadaan dimana kita tido dan bermimpi, tetapi kita tak ingat mimpi apa, sehinggalah satu masa mimpi itu berlaku dalam alam nyata sebijik seperti mimpi. Dan kita terfikir bahawa peristiwa tu sudah pernah berlaku dahulu. Ianya dipanggil dejavu. Mana mungkin 2 kejadian yang sama berlaku sebijik tanpa cacat cela.

Macam mana pula dengan tafsir mimpi. Kata orang mimpi membawa banyak tafsiran.

Malam tadi aku mimpi pergi masjid. Mimpi melihat kucing tido dipangkuan, tetapi yang kelakar kucing tu pakai baju kulit arnab. Juga aku ada mimpi melihat kubur.

Tetapi aku selalu mimpi terbang.

Oleh kerana aku nak tahu sangat maksud mimpi, aku pg la google dan terjumpa kat sini tafsir mimpi;

http://www.mymesra.com.my/index.php?ch=blog&pg=blog_main&ac=5280&blogid=mimie_a91

Untuk mimpi masjid tafsiran dia.

390. Mimpi memasuki masjid : Akan menjadi orang yang taqwa.
391. Mimpi shalat (sembahyang) di dalam masjid : Akan memiliki masa depan yang cerah.

Untuk mimpi kucing.

729. Mimpi melihat seekor kucing tertidur : Ada kepuasan dalam cinta.

Mimpi kubur.

171. Mimpi melihat banyak kuburan : Akan terjadi huru-hara di dalam negeri.

194. Mimpi berziarah ke tempat keramat atau kuburan : Akan menjadi seorang yang mulia dan bahagia.

Mimpi terbang.

134. Mimpi terbang di udara : Alamat akan menuntut ilmu.

Semua yang baik-baik je mksud mimpi aku ni. Alhamdulillah, semoga mimpi aku jadi kenyataan.

Tapi mimpi tak seharusnya benar, ada mimpi juga datang dari tipudaya syaitan.

5 thoughts on “Mimpi apa malam tadi? atau dejavu”
  1. 1. mimpi diberikan wang kertas yang banyak dari anak
    2. mimpi terlalu banyak wang di dalam akaun tanpa mengetahu siapa yg memberi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.