Home » misc

Mimpi apa malam tadi?

7 October 2009 5 Comments

mimpi

Semua orang pasti bermimpi waktu tido kan. Sesiapa tak bermimpi tipu la. Tapi ada juga keadaan kita tak bermimpi langsung waktu tido. Mula dari tido sampai bangun rasa sekejap aje sebab otak kosong kerana tiada maklumat masa tempoh tido tu.

Ada juga keadaan dimana kita tido dan bermimpi, tetapi kita tak ingat apa yang kita mimpi, sehinggalah satu masa mimpi itu berlaku dalam alam nyata sebijik seperti mimpi. Dan kita terfikir bahawa peristiwa tu sudah pernah berlaku dahulu.  Ianya dipanggil dejavu. Mana mungkin 2 kejadian yang sama berlaku sebijik tanpa cacat cela.

Macam mana pula dengan tafsir mimpi. Kata orang mimpi membawa banyak tafsiran.

Malam tadi aku mimpi pergi masjid. Mimpi melihat kucing tido dipangkuan, tetapi yang kelakar kucing tu pakai baju kulit arnab. Juga aku ada mimpi melihat kubur.

Tetapi aku selalu mimpi terbang.

Oleh kerana aku nak tahu sangat maksud mimpi, aku pg la google dan terjumpa kat sini tafsir mimpi;

http://www.mymesra.com.my/index.php?ch=blog&pg=blog_main&ac=5280&blogid=mimie_a91

Untuk mimpi masjid tafsiran dia.

390. Mimpi memasuki masjid : Akan menjadi orang yang taqwa.
391. Mimpi shalat (sembahyang) di dalam masjid : Akan memiliki masa depan yang cerah.

Untuk mimpi kucing.

729. Mimpi melihat seekor kucing tertidur : Ada kepuasan dalam cinta.

Mimpi kubur.

171. Mimpi melihat banyak kuburan : Akan terjadi huru-hara di dalam negeri.

194. Mimpi berziarah ke tempat keramat atau kuburan : Akan menjadi seorang yang mulia dan bahagia.

Mimpi terbang.

134. Mimpi terbang di udara : Alamat akan menuntut ilmu.

Semua yang baik-baik je mksud mimpi aku ni. Alhamdulillah, semoga mimpi aku jadi kenyataan.

Tapi mimpi tak seharusnya benar, ada mimpi juga datang dari tipudaya syaitan.



5 Comments »

  • Janggel said:

    Wah kalau mimpi dipatuk ular? apakah?
    .-= Janggel´s last blog ..Iftar @ Belanga, MidValley =-.

  • admin (author) said:

    Hehe. Tu dah sampai seru dah la tu en Janggel.

  • Kujie said:

    2 hari lepas mimpi
    dlm mimpi ada seorg blogger
    kita org sesat dlm hutan..

    :p

    blogger tu tak de la kenal sgt pun, tatau mcm mana dia bleh ada
    .-= Kujie´s last blog ..Najwa ye… eh…Najmi =-.

  • admin (author) said:

    Alamak, siap boleh mimpi dengan blogger lagi. Kakjie ni blogger tegar nie.

  • allyssa said:

    1. mimpi diberikan wang kertas yang banyak dari anak
    2. mimpi terlalu banyak wang di dalam akaun tanpa mengetahu siapa yg memberi

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.