Manilkara chicle tu pokok ciku. Apa kaitannya dengan post ni?

Kat kampung ada satu pokok ciku yang atuk tanam sejak aku kecik lagi. Dulu buahnya lebat tapi sekarang dek kerana sudah tua pokoknya dah tak lebat serta buahnya diserang serangga. Buah ciku memang manis dan sedap dimakan. Biasanya buah yang tua akan dipetik dan diperam selama 2-3 hari sehingga masak.

Buah ciku
Buah ciku

Pokok ciku masa aku kecik jadi tempat tinggal ayam. Silap-silap gaya kalau lalu bawah pokok tu waktu malam nak pergi jamban boleh kena taik ayam. Ayam tu gak la yang tiap-tiap pagi tak jemu2 kejut untuk solat subuh.

Kenangan masa lampau memang menggamit memori. Teringat lagi pokok jambu air belakang dapur atuk. Memang lumrah budak-budak nakal waktu tu untuk panjat pokok. Belakang dapur tu jugak ada telaga kecik. Kalau musim padi air kering di sawah ikan akan lari ke telaga. Seronok betul waktu dulu kalau menggagau ikan. Biasanya ikan haruan, keli, sepat dan ikan puyu. Ikan keli biasanya dijual. Haruan dibuat gerinting. Sepat buat wadik. Puyu buat masak pedas.

Berbalik pada cerita pokok ciku. Masa sekolah menengah dulu cikgu English aku bagi kami tugasan berkenaan Chewing Gum. Terintas di kepala aku jap tadi nak google pasal benda ni.

Daripada bacaan, rupanya Chewing Gum asalnya datang dari getah pokok Manilkara chicle. Pokok ni berasal dari Mexico dan amerika tengah. Manilkara chicle adalah pokok ciku. Getah pokok ciku ni lah yang dibuat Chewing Gum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.