Liverpool mendapat nyawa baru dalam pemburuan mereka merebut kejuaraan Liga Perdana England musim ini selepas menewaskan Manchester United 4-1 pada perlawanan di Old Trafford, semalam.

Walaupun di peringkat awal permainan ketinggalan satu gol hasil sepakan penalti Cristiano Ronaldo, Liverpool bangkit dengan permainan lebih kemas untuk menghidupkan peluang merapatkan jurang perbezaan mata.

“Prestasi yang baik ditunjukkan dari bahagian pertahanan hingga serangan. Ia kemenangan yang hebat kerana bukan selalu kita boleh lihat United kalah 4-1, di tempat sendiri pula,” kata ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard.

2 thoughts on “Manchester United dibelasah Liverpool 1-4”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.