Hakikatnya, masing-masing terpaksa terima kerana tiada apa yang boleh dibuat.
Mawi juga dikatakan amat kecewa diatas penutupan Maestro disebabkan banyak aktiviti terpaksa dibatalkan saat akhir. Mengakui terkesan dek impak penutupan Maestro, Mawi tidak dapat menahan rasa kesal yang bersarang di jiwanya.
“Secara peribadi saya terkilan. Mereka (Astro) bagi notis secara tiba-tiba, jadi apa sahaja yang sudah dirancang oleh Maestro untuk saya juga terpaksa dibatalkan secara tiba-tiba.
“Maestro tutup 1 April sedangkan pada tarikh itu satu majlis pelancaran untuk album terbaru saya sudah dirancang. Kami rancang mahu buat pelancaran ala kenduri doa selamat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tetapi semuanya hangus,†ujar Mawi kecewa.
Lanjut? Rujuk sini.