Memey Suhaiza
Memey Suhaiza

Setelah kempen menbenci Fasha Sandha ditutup kat Facebook sebab takut kena saman,  seorang lagi artis terkena tempias Facebook. Nampaknya budaya hater dalam Facebook telah menular apabila ramai yang tidak suka kepada seseorang akan membuat kempen bagi mengutuk seseorang. Ketika entry ini ditulis, seramai 2081 orang telah menyertainya dan dijangka akan bertambah.

Baca petikan berikut dalam Metro;

Selepas pelakon Fasha Sandha dijadikan tempat luahan rasa amarah pihak tertentu menerusi laman sosial Facebook, kini Suhaiza Suhaimi atau Memey turut ‘diserang’ menerusi akaun ‘We Hate Memey Suhaiza’ (Kami benci Memey Suhaiza). Menggunakan gambar profil tangan memegang gambar Memey sedang terbakar, akaun itu setakat malam tadi mengumpulkan 415 individu berbanding 296 orang petang kelmarin dengan hampir semua komen negatif dilemparkan terhadap pelakon itu.
Selain We Hate Memey Suhaiza, ada satu lagi akaun sama iaitu I Hate Memey Suhaiza (Saya benci Memey Suhaiza) yang turut mengumpulkan pengguna Facebook supaya membenci pelakon itu.
Memey, 22, yang dihubungi mengakui mengetahui mengenai akaun Facebook itu tetapi mengelak daripada membukanya kerana tidak mahu hatinya terguris.
“Saya tahu mengenai I Hate Memey Suhaiza daripada rakan kira-kira dua bulan lalu, tetapi We Hate Memey Suhaiza, saya rasa masih baru.
“Saya cuba elak daripada membuka kedua-dua akaun itu sebab tidak mahu ia mempengaruhi perasaan saya,” katanya.

9 thoughts on “Lagi kempen benci artis kat Facebook, kali ini Memey Suhaiza plak”
      1. kata artis~ :p
        p.s tapi aku tak masuk lak la grup gitu. tak de pekdah sekali spam 🙂
        .-= TMUkmkd´s last blog ..Hadiah Percuma Dari Tuan Ceploz =-.

  1. nepa memey rampas suami org ? x ksian ke kat anak2 abby.dah xde laki lain ke??? jgn la nak brpura2
    org semua dah tahu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.